Tentang Saya

JuliajamilFamily

Assalamualaikum..

Siapa saya??? alhamdulillah.. kepada pengamal MAB barangkali dah ramai kenali saya kerana saya telah mula berniaga online sejak 2008.

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang masih bekerja  sepenuh masa dan berniaga online secara sambilan.. tapi perniagaan online ni nampak nya lebih memberi impak kepada taraf ekonomi kami sekeluarga.

Apa yang saya jual secara online??? Banyak dan macam-macam.. kerana saya memang seorang yang betul-betul minat bisnes dari kecil.. tapi mula serius dengan bisnes online sejak mengamalkan MAB pada tahun 2008. Pada tahun 2009, saya pernah cuba nasib dengan menjual Krim Langsing jenama sendiri ; Trim Losyen jenama DhiaKhalila. Pernah dengar?? Tak pernah kan… memang patut pun tak pernah sebab saya jual main-main je. cuba-cuba. Lagipun untuk menaikkan jenama sendiri ni memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi.. bab ni saya tak mampu kerana bisnes online ni hanyalah separuh masa. End up…FAILED!

Selepas Trim Losyen DhiaKhalila, saya terjebak pulak dengan bisnes tudung. Dengan membawa jenama KhalilaCollections saya jual menggunakan medium facebook. walaupun permintaan agak memberangsangkan.. namun seperti mana sebelumnya.. Tudung-tudung ni memerlukan komitmen yang tinggi sebab setiap tudung datang dalam warna dan corak berbeza.. dan setiap yang berbeza perlukan gambar yang berbeza.. so tak sempat nak snap gambar tudung-tudung yang ada.. FAILED AGAIN..

Walaupun bisnes losyen dan tudung GAGAL.. bisnes MAB saya rupanya makin MEMBERANGSANGKAN.. dari 20btl sebulan bertambah sedikit demi sedikit.. sehinggalah mencapai 3000btl sebulan dengan jualan bulanan mencecah sehingga rm40k sebulan.. WOW!!! Tahniah kepada semua dealer-dealer network saya.. Saya bahagia dapat berkongsi rezeki dengan mereka.. ada dealer-dealer saya ni pun ramai yang dah jana 4angka sebulan dengan MAB tau!

SEBAB ITU SAYA MASIH KEKAL DENGAN MAB SEHINGGA KINI..- juliajamil

Pada 2013, saya terperasan salah seorang dealer MAB saya makin slow jualan MAB.. selidik punya selidik.. dia jual Shaklee. Masa tu saya memang tak tau pun apa itu shaklee. Pada Penghujung Ogos  2013, saya minta dealer tu (nama dirahsiakan-sekarang dia dah MASTER COORDINATOR dalam shaklee) hantar katalog shaklee.. tunggu punya tunggu tak sampai-sampai pun katalog tu.. saya dah tak sabar, kemudian saya terus hubungi dealer MAB seorang lagi yang juga ahli shaklee iaitu kak Rusmaria ismail. Saya tak cakap banyak. terus bagitau dia saya nak join Shaklee. Alhamdulillah pada Sept 2013 saya dengan rasminya menjadi ahli Shaklee yang sah.

Saya suka MAB dan Shaklee kerana saya amalkan kedua-dua nya.

Shaklee 100% berkesan 100%  selamat.

MAB 100% semula jadi dan bebas bahan terlarang

Dan sehingga detik dan ketika ini.. saya dengan aktifnya berniaga MAB dan Shaklee. ( ada juga la produk-produk sampingan yang saya jual. )

inilah sebahagian kisah saya yang dapat saya kongsikan.. nak kenal cium-cium pipi boleh keep in touch dengan saya.. Bagaimana  nak hubungi saya?? Klik Sini

chaw!

Assalamualaikum

 

Please wait...

Ikuti kami melalui e-mail

Jadi yang pertama mengetahui entri-entri terbaru juliajamil.com? masukkan nama dan alamat e-mail anda