Tanda-tanda fizikal wanita yang sedang dalam tempoh subur

Anda tahu tak masa bila tubuh anda dalam waktu subur?

sebagai wanita, penting tau kita tahu keadaan-keadaan fizikal yang menandakan kita sedang subur. Terutama jika anda mengalami period yang tak berapa ‘cantik’.

Kenapa penting? Wanita yang sedang berusaha untuk hamil perlu tahu waktu bila sesuai untuk ‘bersama’ untuk berjaya dalam proses ikhtiar hamil. Begitu juga suami isteri yang mahu mengelakkan kehamilan.. Perlu juga tahu kan masa bila di isteri berpotensi hamil. So berhati-hati la bila rasa tempoh waktu subur agar kehamilan dapat dielakkan secara semulajadi.

8 ciri-ciri yang anda boleh tahu bahawa anda dalam keadaan subur 

  • Payudara menjadi tegang

    Pada waktu payudara wanita akan menjadi tegang. Ini disebabkan secara semulajadi tubuh yang mana  persediaan payudara untuk menghasilkan susu sekiranya kehamilan berlaku tu sebabnya payudara wanita menjadi lebih tegang serta membengkak  dan sensitif apabila disentuh.

  • Mengalami sengal  pada bahagian bawah perut

Keadaan yang hampir sama sewaktu hampir haid. Ini adalah kerana berlaku perubahan hormon menjelang proses pengovulan.

  • Perubahan Emosi

Di waktu ovulasi, tubuh wanita menghasilkan  hormon lebih dari biasanya dan ini mempengaruhi keadaan  emosi. Jadi jika emosi anda berubah secara tiba-tiba pada ditengah-tengah kitaran haid (satu kitaran haid biasanya 28-30hari dari hari pertama haid) anda bermakna ini merupakan ciri-ciri masa subur pada wanita.

  • Tubuh serta organ reproduksi membengkak

Pada saat masa subur,ciri ciri yang paling khas adalah seorang wanita akan merasakan tubuhnya seakan mengalami perubahan atau dengan kata lain bertambah besar, ini kerana seluruh organ reproduksi pembuluh darahnya terisi dan mengakibatkan seluruh organ reproduksi menjadi sedikit lebih aktif dari biasanya dan ini sangat berhubungan dengan adanya peningkatan Hormon-hormon dalam tempoh subur. Biasanya waktu ni berat badan sedikit bertambah.

 

  • Keinginan seks meningkat

salah satu ciri-ciri anda dalam masa subur yaitu hasrat seks anda meningkat.

 

  • Bibir Vagina Membengkak


ciri-ciri masa subur
yang lebih spesifik ialah terjadinya pembesaran pada bibir vagina ini disebabkan oleh pembuluh darah kelamin terisi penuh dengan darah sehingga membuat vagina menjadi lebih sensitif

 

  • Perubahan suhu tubuh

Suhu tubuh akan meningkat apabila seorang wanita mengalami masa subur. ciri ciri ini ada kaitandengan penghasilan hormon progesteron pada masa ovulasi.

 

  • Penghasilan mukus dari faraj

Antara salah satu yang menentukan waktu subur ialah lendiran cecair mukus pada faraj.Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.

image

Kenali tempoh subur juga boleh kita ketahui daripada Kitaran haid kita tau!

Hubungi kami.. www.wasap.my/60124432152 ajnmajuent@yahoo.com

2 comments

  1. Pingback: Rahsia cepat hamil di usia muda | Julia Jamil .Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

saya Suka web juliajamil.com

Please wait...

Ikuti kami melalui e-mail

Jadi yang pertama mengetahui entri-entri terbaru juliajamil.com? masukkan nama dan alamat e-mail anda