Rasa gatal pada Miss V, kenapa ya?

Sebenarnya rasa gatal itu adalah jangkitan kulat. Jangkitan kulat vagina sebenarnya disebabkan oleh sejenis fungus atau yis yang dikenali sebagai Candida Albicans.  Jangkitan ini disebut vagina candidiasis atau Kulat Vagina?

 

Apa itu Jangkitan Kulat Vagina?

Jangkitan kulat vagina atau vagina candidiasis bukanlah penyakit kelamin. Ia adalah mikroorganisma yang berlaku secara semula jadi di kawasan faraj. Namun, pasangan kepada wanita yang menghidap jangkitan kulat vagina mungkin mengalami rasa gatal atau ruam di kemaluan selepas mengadakan hubungan intim.

Yeast-Infection-Pictures

Punca jangkitan kulat vagina boleh terjadi apabila:

Perubahan keseimbangan dan pengurangan jumlah bakteria L.bacili menyebabkan pH vagina menjadi kurang berasid lalu membolehkan yis ini membiak atau tumbuh berlebihan. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh pengambilan antibiotik secara rawak atau pada tempoh yang panjang sebelum jangkitan itu dipastikan berpunca daripada bakteria atau tidak. Perubahan pH vagina juga boleh disebabkan penggunaan pencuci vagina jenis sabun beralkali, mencuci dengan antiseptik, penggunaan pewangi pada vagina, jika seseorang telah menopaus dan hamil.

Penyakit kencing manis yang tidak terkawal.

Sistem imuniti yang lemah seperti penghidap HIV, menjalani rawatan kemoterapi atau rawatan steroid serta jangkitan daripada hubungan seks. Walau bagaimanapun seseorang yang tidak pernah melakukan hubungan seks masih boleh mendapat jangkitan yis.

Tidak menitikberatkan kesihatan diri.

Tabiat makan yang buruk, termasuk pengambilan makan bergula yang banyak

Kajian menunjukkan wanita yang mengambil pil perancang mengandungi estrogen berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan ini.

Penggunaan alat perancang keluarga seperti IUCD, diafram atau vaginaring.

ketidakseimbangan hormon berhampiran kitaran haid anda

tekanan

kurang tidur

Gejala dan simptom jangkitan Kulat Vagina

Antara simptom yang kerap adalah:

• Radang dan gatal di sekitar bibir vagina.

• Sakit atau pedih semasa kencing.

• Sakit atau pendarahan semasa hubungan seks.

• Kemerah-merahan dan bengkak di sekitar vagina.

• Keputihan yang pekat dan kadangkala berbau atau berketul-ketul seperti dadih serta berbau.

Kesan jangkitan yis dari segi fizikal dan psikologi:

• Pesakit akan mengalami ketidakselesaan dan hilang keyakinan diri.

• Rasa tidak berminat dan malu untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan kerana rasa rendah diri.

• Bau yang tidak menyenangkan mungkin disedari oleh pasangan.

Bagaimana mengatasinya???

Bagaimanakah jangkitan yis boleh dikesan? Jika mengalami simptom jangkitan kulat vagina, segeralah dapatkan pemeriksaan daripada doktor atau jururawat terlatih. Sekiranya simptom dan pemeriksaan klinikal tidak jelas ataupun jangkitan berulang maka sampel vagina akan diambil untuk ujian makmal. Rawatan untuk masalah vagina yis ini terbahagi kepada tiga iaitu dalam bentuk pil, krim dan tablet vagina.

 

• Terdapat antifungal dalam bentuk krim atau tablet yang perlu dimasukkan ke dalam vagina sebelum tidur. Jangka masa rawatan daripada satu malam, tiga malam atau tujuh malam bergantung kepada dos ubat dan rawatan perlu lebih lama untuk jangkitan yang lebih serius.

• Rawatan pil sesuai untuk wanita yang belum berkahwin. Kebanyakan wanita memerlukan satu dos sahaja namun dalam kes yang lebih kronik, rawatan perlu diulang selepas tiga hari atau satu minggu sehingga empat dos (satu dos/minggu).

• Rawatan jenis pil tidak sesuai untuk wanita yang hamil terutama di peringkat awal kandungan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kesan buruk kepada janin. Sebaiknya pasangan perlu mendapat rawatan juga untuk mengelakkan jangkitan berulang. Kesan sampingan jarang berlaku. Walau bagaimanapun sekiranya ada, ia tidak serius. Antaranya ialah pening kepala, ketidakselesaan perut dan ruam.

Hubungi kami.. www.wasap.my/60124432152 ajnmajuent@yahoo.com

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

saya Suka web juliajamil.com

Please wait...

Ikuti kami melalui e-mail

Jadi yang pertama mengetahui entri-entri terbaru juliajamil.com? masukkan nama dan alamat e-mail anda