Tentang BONDA

Assalamualaikum..

Siapa BONDA??? alhamdulillah.. kepada pengamal MAB barangkali dah ramai kenali BONDA kerana BONDA  telah mula berniaga online sejak 2008.

BONDA merupakan seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang masih bekerja  sepenuh masa dan berniaga online secara sambilan.. tapi perniagaan online ni nampaknya lebih memberi impak kepada taraf ekonomi kami sekeluarga.

Apa yang BONDA jual secara online???

Banyak dan macam-macam.. kerana BONDA memang seorang yang betul-betul minat bisnes dari kecil.. tapi mula serius dengan bisnes online sejak mengamalkan MAB pada tahun 2008. Pada tahun 2009, BONDA pernah cuba nasib dengan menjual Krim Langsing jenama sendiri ; Trim Losyen jenama DhiaKhalila.  Pernah dengar?? Tak pernah kan… memang patut pun tak pernah sebab BONDA jual main-main je. cuba-cuba. Lagipun untuk menaikkan jenama sendiri ni memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi.. bab ni BONDA tak mampu kerana bisnes online ni hanyalah separuh masa. End up…FAILED!

Selepas Trim Losyen DhiaKhalila, BONDA terjebak pulak dengan bisnes tudung. Dengan membawa jenama KhalilaCollections saya jual menggunakan medium facebook. walaupun permintaan agak memberangsangkan.. namun seperti mana sebelumnya.. Tudung-tudung ni memerlukan komitmen yang tinggi sebab setiap tudung datang dalam warna dan corak berbeza.. dan setiap yang berbeza perlukan gambar yang berbeza.. so tak sempat nak snap gambar tudung-tudung yang ada.. FAILED AGAIN..

Walaupun bisnes losyen dan tudung GAGAL.. bisnes MAB rupanya makin MEMBERANGSANGKAN.. dari 20btl sebulan bertambah sedikit demi sedikit.. sehinggalah mencapai 3000btl sebulan dengan jualan bulanan mencecah sehingga rm40k sebulan.. WOW!!! Tahniah kepada semua dealer-dealer network BONDA.. BONDA bahagia dapat berkongsi rezeki dengan mereka.. ada dealer-dealer BONDA ni pun ramai yang dah jana 4angka sebulan dengan MAB tau!

SEBAB ITU SAYA MASIH KEKAL DENGAN MAB SEHINGGA KINI..- juliajamil

Menjelang 2015, terdetik di hati BONDS, sampai bila BONDA ingin menjual produk orang.  Mengambil kira keperluan dan kecenderungan BONDA untuk menggunakan produk semulajadi. Maka BONDA dan SUAMI sepakat untuk memikirkan sesuatu yang boleh memberi manfaat pada orang diluar sana.

BONDA nak hasilkan sesuatu yang memang BONDA sendiri cari!! PENJAGAAN WAJAH..  yes!

BONDA ni jenis yang dari dulu tak suka pakai makeup.. suka bila orang kata natural beauty.. memang dari remaja tak pernah kenakan make up dan tanpa penjagaan asas wajah yang sempurna.. dulu-dulu hanya guna sabun mandi untuk cuci wajah..  (teruk kan?)


Make up kali pertama adalah bila nak kahwin.. tu rasa macam terpaksa je..

bila dah mula dewasa dan berkahwin.. baru sedar bahawa walaupun tanpa make up wajah tetap perlu dicuci dan dilindungi untuk elakkan jeragat dan masalah penuaan..

Dah cuba bermacam2 jenis produk penjagaan asas.. namun tak pernah kekal sebab rasa tak selesa bila applykan wajah dengan skincare yang banyak dipasaran yang ada bahan kimia.. rasa merengsakan.. rasa wajah tegang je.. ada produk yang ibarat menempek ‘mentega pada wajah
serius memang tak selesa..
Masa tu dah mula berangan nak keluarkan produk skincare yang menggantikan perawatan wajah macam nenek moyang dulu-dulu..
Orang dulu-dulu kan tak guna skincare.. hanya guna bahan dan tumbuhan semulajadi je untuk cantik..

Dari anganan itu kami mulakan langkah pertama pada awal 2015.
Masa tu kami sendiri (BONDA DAN SUAMI)  yang guna produk ini sebagai testimoni..
Pada kami berdua.. apa-apa sahaja yang kami pakai/guna/makan yang kami rasa bagus dan berkesan.. Memang kami akan kongsikan dengan yang lain..

Kami guna selama 4bulan sejak april 2015. Bila kami rasa.. yes.. produk ni memenuhi kehendak kami..

  1. Bila pakai tak rasa macam ‘sapu mentega pada wajah’. Krim pulak tak pakai bedak pun dah nampak macam pakai foundation tp tak terasa pun. Nampak natural..
  2. Simple dan tak perlu pakai banyak-banyak item.. sbb BONDA kan tak suka yang remeh2. Kalau boleh nak g keje tu nak pakai bedak baby je..
  3. 100% organik dan berasaskan air.. so mudah dibersihkan dan mesra Wudhuk.
  4. Mampu mengurangkan jeragat-jeragat pada wajah yang dahulunya tak pernah dilindungi dengan UV protection..

So selepas itu kami berdua sepakat untuk berkongsi kebaikan produk semulajadi ni dengan orang lain yang seperti BONDA.. yang nak organik.. simple dan selamat..
Maka mulai nov 2015.. KHALILA MIRACLE SKINCARE MULA DIPASARKAN dengan 20orang testimoni awal.. nak kenal produk BONDA klik sini

dan sehingga kini BONDA aktif dengan 2 jenama yang owesome ni.. MAAJUN ANGGUN BISTARI  dan KHALILA

Dan yang bestnya..  Jualan MAAJUN ANGGUN BISTARI mencecah purata 15, 000btl sebulan. KHALILA pun dah makin dikenali.  Kini dah keluar iklan di media massa seperti TV ALHIJRAH dan IKIM. FM

 

inilah sebahagian kisah BONDA yang dapat  dikongsikan.. nak kenal cium-cium pipi boleh keep in touch dengan BONDA.. Bagaimana  nak hubungi BONDA?? Klik Sini

chaw!

Assalamualaikum

 

Please wait...

Ikuti kami melalui e-mail

Jadi yang pertama mengetahui entri-entri terbaru juliajamil.com? masukkan nama dan alamat e-mail anda