Morning Sickness di awal kehamilan

Sebenarnya saya dah 7 tahun meninggalkan sesi kehamilan.. tapi masih terasa keseronokan melalui tempoh kehamilan.

Kehamilan saya sangat rapat.. kehamilan pertama tahun 2006, kehamilan ke 2 tahun 2007 dan kehamilan ke 3 tahun 2008. hatrix kan? hehe. tapi alhamdulillah saya sendiri tak alami apa-apa sindrom / gejala morning sickness.. yang teruk mengalami alahan semasa saya hamil ialah suami kesayangan saya sendiri. šŸ™‚

Atas pemerhatian dari mak saya sendiri ( mak memang teruk setiap kali hamil- saya saksikan sendiri semasa mak hamil anak ketiga.) masa tu saya dah sekolah menengah. jadi dah faham dan boleh mengingati semuanya.

Apa sebenarnya morning sickness ni?

Morning sickness adalah rasa mual dan muntah yang biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan).

Rasa mual dan muntah ini boleh terjadi kerana makanan tertentu, bahkan hanya kerana mencium bau makanan tertentu saja. Setiap wanita hamil memiliki tahap mual yang berbeza, ada yang tidak merasakan apa-apa, tapi ada juga yang merasa sedikit mual dan ada yang merasa sangat mual dan muntah setiap saat sehingga memerlukan bantuan ubat.

Mual-mual ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon

Tanda-tanda Morning Sickness

  • Mual kerana minum air kosong

images (2)

ibu hamil yang hanya minum air akan merasa mual. Rasa mual tersebut datangnya bukan dari minuman yang diminum tapi dariĀ dalam.

 

  • Tidak lalu makan

tak lalu makan

Rasa tidak lalu nak makanĀ adalah perkara Ā biasa bagi ibu hamilĀ trimester pertama kehamilan.Tapi jika morning sickness peringkat teruk, ibu hamil akan merasa jijik dengan semua makanan yang ada.

 

  • Dehidrasi

images (4)

Ibu hamil yang mengalami morning sickness akan mengalami dehidrasi kerana kekurangan cecair dalam badan. Jika berlanjutan pihak hospital terpaksa menahan di wad untuk drip cecair yang secukupnya bagi menambahkan tenaga ibu hamil

  • Muntah-muntah- terutama jika makan makanan berminyak

images (1)

setiap kami makan makan berminyak ibu akan termuntah semua makanan yang di ambil sebelumnya.

 

  • Lemah dan malas

imageibu hamil akan merasa sangat lemah dan malas membuat apa-apa aktiviti. ini akibat daripada kekerapan muntah dan pada masa yang sama tidak ada sebarang zat yang masuk melalui pemakanan. ibu hamil biasanya akan banyak menghabiskan masa untuk tidur sahaja

TIPS TANGANI MORNING SICKNESS

1. Berusahalah makan sewaktu anda dapat makan, dengan kuantiti yang kecil tapi kerap dan jangan makan dalam kuantiti yang besar yang membuat anda tambah mual.

2. Makanlah makanan yang tinggi karbohidrat dan protein seperti ESP sehingga dapat membantu mengatasi rasa mual anda. Banyakkan makan buah dan sayuran dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, biskutĀ dan lain-lain

3.Ā  Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan menambah rasa mual anda.

4. Minum air yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air putih, ataupun jus. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.

5. Vitamin untuk kehamilan kadang-kadang menambahkan rasa mual, tapi anda tetap memerlukan folat untuk kehamilan anda.

6. Banyakkan berehat. Baca majalah atau menonton rancangan tv kegemaran anda.

Berjumpalah dengan doktor andai keadaan muntah anda sangat teruk dan menyebabkan dehidrasi.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Anda yang mengalami Morning Sickness

Hubungi kami.. www.wasap.my/60124432152 ajnmajuent@yahoo.com

5 comments

  1. Pingback: Mealshake Shaklee | Julia Jamil .Com

  2. Pingback: Minuman kecergasan paling selamat | Julia Jamil .Com

  3. Pingback: Atasi simptom Morning Sickness | Julia Jamil .Com

  4. Pingback: Hebatnya Kejadian Manusia | Julia Jamil .Com

  5. Pingback: Suplemen untuk ibu hamil | Julia Jamil .Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

saya Suka web juliajamil.com

Please wait...

Ikuti kami melalui e-mail

Jadi yang pertama mengetahui entri-entri terbaru juliajamil.com? masukkan nama dan alamat e-mail anda