Kenalpasti haid anda!

Banyak wanita yang keliru dengan masa haidnya, ada yang haidnya terputus-putus, sampai dia harus mandi haid berkali-kali.
Ada yang mengalami perubahan kitaran, kadang-kadang singkat, kadang-kadang lama. Bahkan banyak juga wanita yang masih lagi keliru membezakan antara darah haid dan istihadhah.
Penting untuk kita ketahui tentang darah haid ini kerana ia sangat berkait rapat dengan hukum solat, puasa, haji, pernikahan dan sebagainya

Maksud Haid

Menurut bahasa, Haid beerti SESUATU YANG MENGALIR.
Menurut istilah syara’ pula ialah DARAH YANG TERJADI SECARA SEMULAJADI, BUKAN KERANA SESUATU SEBAB,  DAN
PADA TEMPOH WAKTU TERTENTU
Istilah dari segi syarak inilah penting untuk membezakan antara darah haid, istihadhah dan nifas. Dimana ketiganya jenis darah ini lazim dialami oleh kaum wanita.
Darah haid bersifat normal, bukan disebabkan suatu penyakit, luka, keguguran ataupun kelahiran

Hikmah haid

Seperti yang kita ketahui, darah haid berasal dari penebalan dinding rahim dalam proses pembentukan janin selepas proses persenyawaan

Oleh sebab itu, seorang wanita yang hamil, tidak akan mendapatkan haid lagi, Begitu juga dengan wanita yang menyusu badan, biasanya tidak akan mendapatkannya terutama diawal masa penyusuan.
Allah S.W.T adalah sebaik-baiknya pencipta, yang telah menciptakan gumpalan darah di rahim seorang ibu sebagai sumber makanan bagi janin didalamnya, yang tentu saja dia belum mampu mencerna makanan apalagi mendapatkan makanan dari luar kandungan.
Maha Bijaksana Allah Subhanahu wa ta’ala yang telah mengeluarkan darah tersebut dari rahim seorang wanita yang tidak hamil melalui kitaran haid kerana memang tidak memerlukannya.

 Usia wanita yang mengalami haid

Haid pada umumnya dialami oleh seseorang wanita pada usia antara 12tahun- 50 tahun bergantung kepada individu.

 

 

Tempoh masa haid yang normal dan teratur

Kebiasaan tempoh haid yang normal adalah antara 6-7hari,  manakala tempoh yang paling lama ialah 15hari berserta malamnya atau lebih sedikit daripada itu.

Jumhurul ulama berpendapat tempoh minimum haid ialah sehari semalam.

Jika seseorang itu didatangi haid melebihi 15 hari atau kurang daripada sehari, maka keadaan tersebut tidak dikira sebagai tempoh haid.

Umumnya seseorang bersih dari haid adalah 23 atau 24 hari

Darah yang keluar lebih daripada tempoh yang disebut, merupakan darah istihadhah, di mana wanita berkenaan wajib melakukan ibadah seperti biasa

Masa Haid yang Tidak Teratur

 Ada beberapa wanita yang mengeluh masa haidnya biasanya enam sampai tujuh hari, tetapi tiba-tiba berubah sampai lebih dari masa kelaziman tersebut. Ada juga yang mengeluh, biasanya waktu haidnya diawal bulan, berubah menjadi diakhir bulan. Sebagian lagi mengalami masa haid yang terputus-putus, sehari haid, kemudian sehari berhenti, esoknya haid lagi dan seterusnya.

Sifat Darah Haid 

Darah Haid  pada umumnya berwarna merah kehitaman dan berbau tidak sedap dan keluarnya tidak lancar seperti keluarnya urin, serta terjadi dalam tempoh tertentu.

Seorang wanita yang mendapati darahnya berwarna kuning seperti nanah atau keruh antara kekuning-kuningan dan kehitam-hitaman, Jika hal itu terjadi pada saat masa haid atau bersambung dengan haid sebelum suci, maka itu adalah haid dan berlaku baginya hukum-hukum haid. tetapi jika terjadi sesudah masa suci, maka hal itu bukan la darah haid.

Tambahan

 

Perempuan dibagi ke dalam tiga golongan,

Mubtada’ah (yang baru mulai haid),

Mu’tadah (yang sudah biasa),

Mustahadhah,

Mubtada’ah

Mereka adalah perempuan yang baru pertama kali melihat darahnya keluar
Apabila dia melihat darahnya keluar, maka dia wajib meninggalkan solat, puasa, hubungan intim/bersetubuh, dan menungu suci

Apabila dia melihat darah itu setelah satu hari satu malam atau lebih sampai 15 hari, maka dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar) dan wajib mengerjakan solat.


Jika darah haid (menstruasi) tersebut terus mengalir setelah masa 15 hari, maka darah tersebut dianggap sebagai darah mustahadhah (wanita yang keluar darah istihadhah – bukan darah haid/menstruasi)
Setelah itu, hukumnya menjadi Mustahadhah (darah istihadhah)

Jika darah haid/menstruasi berhenti, tidak mengalir selang 15 hari Dan dia melihatnya satu hari atau 2 hari dan berhenti selama itu juga, maka dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar)

Dan solat setiap masa suci, dan berdiam(wajib meninggalkan solat) setiap kali melihat darah

Al-Mu’tadah


Kelompok ini adalah wanita yang telah terbiasa mengalami haid/menstruasi pada hari-hari tertentu pada satu bulan
Hukumnya, wanita haid kelompok Al-Mu’tadah wajib meninggalkan solat, puasa, dan berhubungan intim pada hari ketika ia kedatangan haid

Jika perempuan haid kategori Al-
Mu’tadah mengalami cairan kuning atau keruh setelah biasanya(selepas tempoh kebiasaan haid), maka dia tidak usah mempedulikannya
Berdasarkan perkataan Ummu Athiyah,

“Kami tidak menggolongkan cairan kuning atau keruh setelah suci itu sebagai darah haid/menstruasi,”
(HR Abu Daud: 307, 308)

jika perempuan haid (menstruasi) kategori Al-Mu’tadah melihat cairan kuning atau keruh tersebut pada masa-masa haid (menstruasi), lalu cairan kuning atau keruh tersebut tidak keluar pada hari-hari biasanya (suci haid), maka itu termasuk haid (menstruasi), sehingga dia tidak wajib mandi, solat atau puasa kerananya

 Mustahadhah


Mustahadhah adalah wanita haid yang darahnya terus mengalir tanpa henti setelah berakhirnya masa haid (masa menstruasi)


Hukum perempuan menstruasi (haid) kategori Mustahadhah ada dua:

a. Apabila hari-hari sebelumnya ia yakini sebagai hari-hari yang biasanya ia mengalami haid (menstruasi),
maka dia wajib meninggalkan solat pada hari-hari tersebut dan setelah darah haid (menstruasi) tersebut berhenti mengalir,
maka dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar), solat, puasa, dan boleh melakukan hubungan intim

b. Jika perempuan haid:
(1) tidak mempunyai hari-hari biasa (masa haid tidak teratur dan dia ingat lama waktunya) atau….
(2) dia mempunyai hari-hari biasa tapi dia lupa masanya atau banyaknya, atau….
(3) darahnya itu berbeza dengan lainnya dan darahnya itu mengalir kadang-kadang berwarna hitam dan kadangkala berwarna merah, 
maka dia boleh berdiam(tidak wajib solat) pada hari-hari keluar darah hitam. Kemudian dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar) dan solat setelah darah tersebut berhenti mengalir, selama darah yang keluar tidak lebih dari 15 hari

c. Apabila seorang wanita haid tidak dapat membezakan darah haid (hitam atau yang lainnya),
maka dia seharusnya berdiam(tidak wajib solat) pada masa haidnya setiap bulannya, yang kira-kira selama 6 atau 7 hari,
kemudian setelah itu dia wajib melakukan mandi wajib (mandi junub/mandi besar).

d. Wanita haid (menstruasi) yang keluar darah istihadhahnya pada hari-hari keluar darah istihadahnya, dia wajib berwudhu setiap kali akan mengerjakan solat, dan memakai pad dan tetap mengerjakan solat meskipun darahnya mengalir deras, dan tidak boleh berhubungan intim kecuali kerana terpaksa

Hubungi kami.. www.wasap.my/60124432152 ajnmajuent@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

saya Suka web juliajamil.com

Please wait...

Ikuti kami melalui e-mail

Jadi yang pertama mengetahui entri-entri terbaru juliajamil.com? masukkan nama dan alamat e-mail anda