Fenomena ais krim pasu | Juliajamil.com

Sudah menjadi kelaziman rakyat Malaysia ni jika ada makanan atau minuman yang unik.. Pasti menjadi ikutan dan trend. Dari musim Macaron… Pavlova… Durian crepe.. Dan kini tiba musim ais krim pasu..

Oleh kerana dah menjadi sebutan di mana-mana saya pergi.. jadi saya tak mahu lepaskan peluang untuk beli dan kaji apa yang istimewa nya ais krim pasu ni..

wpid-wp-1423998185853.jpeg

Sebenarnya ais krim pasu ni adalah resepi biasa. Beli ais krim biasa saja dah boleh buat..

Dari apa yang saya lihat.. Uniknya ais krim pasu ni hanyalah persembahan hiasan nya. Jika ais krim yang di gunakan tu ais krim tu tak berapa best..tak ada maknanya.

hasil carian dari encik google ada bermacam-macam ‘style’ persembahan ais krim pada ni..

Ada yang letak muffin di bahagian dasar pasu dan dicucukan pula straw ditengah-tengah untuk mudahkan pacak bunga plastik..

ada juga yang masukkan bekas plastik (macam bekas agar-agar tu), namun apapun persamaannya.. Ada ais krim dalam pasu barulah boleh di kenali sebagai AIS KRIM PASU!!

 Owh ya.. Pasu dari ais krim pasu yang saya beli tu.. Saya simpan.. Nak buat ais krim pasu menggunakan ais krim yang saya buat sendiri..

nantikan entri saya seterusnya.. Saya akan sharekan resepi homemade aiskrim

 

Hubungi kami.. www.wasap.my/60124432152 ajnmajuent@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

saya Suka web juliajamil.com

Please wait...

Ikuti kami melalui e-mail

Jadi yang pertama mengetahui entri-entri terbaru juliajamil.com? masukkan nama dan alamat e-mail anda